Saturday, 19 May 2012

silat melayu

silat betawi sarawak

Silat adalah salah satu warisan budaya masyarakat melayu sejak dahulu lagi. Pada zaman dahulu, setiap pemuda harus mengecimpungkan diri dalam silat dengan lain kata wajib ada seni mempertahankan diri, Sebaliknya pada masa kini remaja remaja sekarang sudah tidak minat lagi dalam dunia persilatan yang menjadi kebanggan warisan orang melayu.

Silat betawi adalah salah satu contoh seni mempertahankan diri orang melayu. Silat banyak faedahnya kepada orang yang menuntutnya. Contohnya dapat mempertahankan diri jika ada perkara yang tidak di ingini berlaku. Selain itu, silat dapat menyihatkan tubuh badan di samping dapat mendisiplinkan diri dan mengelak diri dari terbabit dalam gejala yang tidak sihat.


Silat betawi adalah silat asas yang senang untuk di pelajari oleh remaja zaman sekarang. Ini kerana tekniknya yang cepat dan tangkas dan senang untuk di fahami oleh golongan yang mempelajarinya.


No comments:

Post a Comment