Sunday, 26 August 2012

Entahla ????

sudah lama aku tak update aku pun blog..baru hari nie ku update lagi aku pun blog..raya tahun ini sungguh seronok bagi aku sebab aku dapat control perut aku supaya tak boroi berbanding tahun tahun lepas..hehehe..

Walaupun raya tahun ini aku single..aku tetap happy sebab banyak kawan menjemput aku beraya bersama mereka..aku tidak mahu terburu buru untuk mencari penganti N.A sebab takut berulang perkara yang sama akan berlaku..aku harap jodoh aku kali ini lebih baik daripada sebelumnya..

CIRI ciri gadis yang aku suka:

1 riang dan ceria
2 tidak banyak mulut
3 cool..itu yang paling aku suka
4 suka tengok bola dan ada baju bola
5 paling aku suka dia mesti fan MU
6 pandai membawa diri
7 pandai
8 tidak kedekut
9 seksi sedikit
10 tidak gedik

blog aku kali nie aku pun tak tahu nk cita sal apa..jadi aku letak la tajuknya entahla..hehehe..next update aku akan cita sal hal yang lebih menarik lagi..






Sunday, 8 July 2012

Cinta Sementara

Cinta sementara..indah tapi tak bermakna
 Aku pernah bercinta..tapi malangnya cinta yang aku ada hanyalah sementara..Sungguh menyedihkan cinta yang aku bina selama 2 tahun hanya berkecai selama 2 hari saja..Aku bagaikan tidak percaya yang aku sudah kehilangan orang yang aku benar benar hargai dan yang aku kasihi..Nama bekas kekasihku adalah N.A....

Ceritanya begini..Aku dan N.A saling sayang menyayangi..keakraban kami berdua bagaikan romeo dan juliet, roses dan jack dalam filem titanic..tapi keakraban kami hanya bertahan selama 2 tahun sahaja..kami berdua telah merancang untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat dan ingin mengakhiri percintaan kami hingga ke jinjang pelamin..Tapi malangnya impian itu berkecai dan harapan untuk sehidup semati hanyalah tinggal kata kata sahaja..Ku sangakakan panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari..Boleh dikatakan cinta sementara aku memang sebiji macam lirik lagu gerimis mengundang..hehehehehe....

Hubungan kami mulai renggang semenjak N.A balik ke kampung halamannya..N.A adalah seorang perempuan yang boleh dikatakan setia..Semua ciri ciri perempuan yang aku minati ada pada dirinya..Disebabkan itu aku berani mengambil keputusan berumah di tepi pantai walaupun ada ombak..hehehehehe..(kalau takut akan ombak jangan berumah di tepi pantai)

Inilah salah satu gambar couple kami berdua yang aku masih simpan
Pada malam itu..kami berdua sms macam biasa tanpa ada pertelingkahan yang berlaku..Sebelum tidur..N.A mengucapkan ILY kepadaku dan begitu juga dengan aku...Keesokan harinya..kami berdua brtengkar disebabkan N.A cemburu apa yang aku post dlm fb..Aku cuba meyakinkan N.A yang post aku tiada kaitan dengan siapa siapa..Tapi N.A tetap dengan kepala kerasnya menyalahkan aku..Dengan itu, aku pun mengajak N.A brek up..Kami berdua selalu brek..tapi pas tu berbaik semula macam biasa..Selepas aku mengajak N.A brek up..N.A langsung tak reply sms aku..Keesokan harinya barulah N.A ada menghantar sms kepadaku...

Setelah N.A menghantar sms padaku..aku pun memujuk N.A dan meminta maaf kepadanya dan mengajak return back..Kami berdua bercinta memang selalu brek return..asal gaduh mesti brek pas tu return..Tapi hari itu dia tidak mahu return lagi kepadaku..Dan yang paling aku terkejut dia sudah block aku dari friendlist dia..Aku memang terkejut dengan sikapnya menjadi begitu..Keesokan dan hari seterusnya aku masih mengajak N.A return..tapi dia enggan sehinggalah aku berputus asa memujuknya..Aku pergi ke rumahnya dan mengambil sweater aku yang dia selalu pakai..Paling aku terkejut adalah semasa dia menghantar sweater kepadaku raut wajahnya langsung tiada perasaan kepadaku lagi..Aku tahu petanda itu mungkin pengakhiran percintaan kami berdua...

Aku tidak berputus asa..aku cuba mendapatkan N.A kembali..tapi hatinya semakin keras..kawanku berkata..N.A sudah ada orang lain..sebab tu tak masuk pujok..aku sungguh terasa dan mungkin ada kebenaran kata kata kawanku itu..
(Episod 1)


Friday, 8 June 2012

Selipar kesayanganku

Ini kisah aku zaman kecil kecil dulu la...Aku ada seorang adik lelaki yang 2 tahun lebih muda dari aku..Walaupun aku abang, adik aku tu tak takut dengan aku..Tiap tiap hari, mesti ada saje perkara untuk kami berdua bergaduh. Aku sebagai abang, memang tak mahu mengalah dengan adik sebab tak guna jadi abang kalau adik berani dengan abang dan tak dengar kata abang...hahaha..inilah pemikiran aku zaman kecil dulu la..


Aku pendekkanlah ceritanya..Hari itu, aku dan adikku bermain bersama macam biasa. Aku dan adikku suka bermain anak patung.Jangan salah faham.Bukan patung barbie ke ape ke, tapi patung power rangers, batman, ultraman dan sebagainya. Setelah bosan bermain, aku pun membuka televisyen..Aku biarkan adikku main patung berseorangan. Aku tengok tv, selalu tukar tukar chanel..Tiba tiba, adikku mahu melihat chanel lain dan aku nak tengok chanel lain sedangkan aku yang dulu buka tv..Aku tidak bagi adik aku tengok chanel lain dan dia menangis sekuat kuatnya...

Ayahku datang dari dapur dan bertanya apa yang berlaku..Aku pun menceritakan hal itu kepada ayahku.Ayah menyuruh aku mengalah dengan adik, tetapi aku tidak mahu. Entah mengapa angin ayah hari itu tidak bagus dan terus memarahi aku..Aku tetap dengan kepala keras aku tidak mahu mengalah dengan adik.. Ayah terus pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang..Aku memang terkejut beruk ayah ambil parang..

Ayah ambil selipar kesayangan aku dan mencincang cincang selipar aku..Aku menanggis melihat ayah mencincang selipar kesayangan aku sedangkan bagi aku tidak adil ayah melakukan sedemikian terhadap aku.

Ending bagi cerita nie, selipar kesayanganku tiada lagi dan aku sedih..hahahahah..Tapi, lepas itu ayah beli selipar baru untuk aku...huahuahua...

Selipar kesayangan aku....

Monday, 21 May 2012

kisah anjing bodoh

anjing bodoh    



Suatu hari, anjing peliharaan seorang lelaki cina tua kelaparan kerana tidak diberikan makanan. Pada pagi itu, anjing kelaparan itu sering menyalak dan memecah kesunyian pagi ahad yang indah dan mempesona. 

Pada pagi itu, lelaki tua itu tidak ada di rumah kerana keluar berjoging. Salakan anjing yang begitu kuat membuatkan sekumpulan petugas Rela yang menyewa rumah bersebelahan rumah cina tua itu tidak dapat menikmati kenikmatan tidur pada hujung minggu.....

Salah seorang daripada petugas Rela itu marah kerana salakan anjing yang begitu kuat  dan terus mengambil dan membakar mercun api dan menikam ke arah anjing tersebut. Anjing yang kelaparan tersebut terus berlari dan mengigit mercun api itu. kebetulan pula, anjing itu tidak mengigit sumbu mercun tetapi mengigit bahagian belakang mercun tersebut. Kejadian itu memang mengelikan hati...hahahaha. Ini kerana, mercun api itu meletup betul betul meletup di mulut anjing itu. Mulut anjing itu berdarah dan anjing itu terduduk.

Segala galanya adalah kebetulan. Petugas Rela itu hanya sekadar mahu menakutkan anjing dan mahu anjing itu berhenti menyalak. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Petugas Rela itu terkejut dan tidak menyangka dan tidak terfikir anjing itu akan mengigit mercun tersebut. 


hahaha....setelah setengah jam terduduk...anjing itu akhirnya mati. Anjing memang bodoh...hua3...

Saturday, 19 May 2012

chelsea juara

drogba mejaringkan gol pada minit ke 86
Selepas menjuarai liga fa, chelsea terus gah dengan menjuarai liga juara eropah. Kejayaan chelsea memenangi 2  piala dalam satu musim amat menabjubkan. Bayern terlebih dahulu mengegar jaring chelsea pada mint ke 74. Selepas itu, Drogba menyelamatkan chelsea dari kekalahan selepas menyamakan kedudukan pada minit ke 86 dengan hasil tandukan dari sepakan sudut yang di ambil oleh frank lampard. Chelsea terus tertekan selepas drogba menjatuhkan pemain bayern dalam kotak penalti pada masa tambahan. Walaubagaimanapun, sepakan penalti yang di ambil oleh robben pada masa kecederaan berjaya dihalang oleh petr cech. Perlawanan kedua dua pasukan berlanjutkan hingga ke sepakan penalti dan  drogba sekali lagi terus cemerlang membantu pasukannya memenangi liga  apabila sepakannya menerjah jaring selepas pemain bayern olic gagal menyempurnakan sepakannya  yang dapat di tepis oleh petr cech. Sesungguhnya, chelsea amat bertuah kerana permulaan musim yang hambar sewaktu  dikendalikan oleh AVB tetapi saat akhir musim chelsea berjaya bangkit dengan memenagi 2 piala hebat.

silat melayu

silat betawi sarawak

Silat adalah salah satu warisan budaya masyarakat melayu sejak dahulu lagi. Pada zaman dahulu, setiap pemuda harus mengecimpungkan diri dalam silat dengan lain kata wajib ada seni mempertahankan diri, Sebaliknya pada masa kini remaja remaja sekarang sudah tidak minat lagi dalam dunia persilatan yang menjadi kebanggan warisan orang melayu.

Silat betawi adalah salah satu contoh seni mempertahankan diri orang melayu. Silat banyak faedahnya kepada orang yang menuntutnya. Contohnya dapat mempertahankan diri jika ada perkara yang tidak di ingini berlaku. Selain itu, silat dapat menyihatkan tubuh badan di samping dapat mendisiplinkan diri dan mengelak diri dari terbabit dalam gejala yang tidak sihat.


Silat betawi adalah silat asas yang senang untuk di pelajari oleh remaja zaman sekarang. Ini kerana tekniknya yang cepat dan tangkas dan senang untuk di fahami oleh golongan yang mempelajarinya.


Friday, 18 May 2012

park jing sung karrier

park jing sung mahu mengakhiri karriernya d old trafford

Park jing sung mahu mengakhiri karriernya sebagai pemain bola sepak di man utd. Park tampil hanya dengan 17 perlawanan sepanjang musim 2012/2013. Walaubagaimanapun, park masih belum menandatagani kontrak baru bersama man utd. Tahun ini adalah tahun terakhir kontrak park bersama man utd. Park menyatakan yang dirinya sangat menyayangi man utd dan bangga menjadi pemain asia yang masih bertahan dalam dunia bola sepak eropah.

mu gagal menjuarai epl saat saat akhir

rooney kecewa selepas man city menjuarai epl pertama kali sejak 1968.
keputusan seri dengan everton menyebabkan man utd berkongsi mata dengan man city tetapi man city berkelebihan 8 gol  di depan man utd.keputusan tersebut menyebabkan Sir Alex ferguson naik berang terhadap anak - anak buahnya.keputusan seri itu menyebabkan man utd gagal mejulang epl ke 20 meskipun berkongsi mata dengan man city.

kekalahan saat - saat akhir amat mengecewakan peminat man utd di seluruh dunia. Selepas tamat perlawanan, Rio ferdinand menyatakan yang man utd akan memberikan aksi yang lebih baik pada musim hadapan dan berjanji merampas takhta kejuaraan dari man city.


shinji kagawa penyerang borrusia dortmund

Man utd mungkin akan mendapatkan kontrak dari pemain jepun iaitu shinji kagawa penyerang borussia dortmund untuk musim hadapan. Walaubagaimanapun, kontrak mengenai pemain dortmund itu masih lagi dalam perbincangan. Jika pemain jepun tersebut mewakili man utd, maka dia adalah pemain ke 2 asia yang menyertai man utd.


tevez mengejek Fergie selepas man city menjuarai epl pertama kali sejak 1968
selepas menjuarai epl, tevez terus mengibarkan bendera batu nisan fergie. kontroversi ini menyebabkan pihak kelab man city meminta maaf bagi pihak tevez. pihak man city meminta tevez memohon maaf kepada fergie, tetapi tevez enggan melakukannya.