Hampir setengah tahun aku tak update blog aku..Kali ini aku ada kisah baru dalam hidup yang tak sangka akan aku alami. Bermula saja jendela tahun 2013, aku tidak lagi tinggal di kuching Sarawak. Sekarang aku menetap di Kuala Lumpur..Aku menetap di Kuala Lumpur atas urusan kerja..Aku mendapat tawaran bekerja di Hospital Kuala Lumpur sebagai ( ). Apa jawatan aku di HKL biar la rahsia..hehehe..
Semenjak menetap di kL, segala masalah putus cinta semua dapat aku lupakan..Bukan apa,hidup sebagai perantau memerlukan aku untuk lebih berdikari..Tiada lagi bergantung kepada kedua ibu bapa untuk membuat keputusan dalam hidup dan masa inilah aku perlu menimba pengalaman sebanyak banyaknya sebelum aku transfer balik ke negeri asal aku. Selain itu, walaupun tuhan tidak menggantikan kekasih baru untuk aku, tapi tuhan telah menggantikan aku satu kehidupan baru yang tidak aku sangka dan tidak pernah aku terfikir walau sedetik pun.
Bulan september ini aku akan pergi bercuti di Thailand..Banyak kawan-kawan sarawak yang sebaya aku sudah menjejakkan kaki ke Thailand..Bulan september ini tiba giliran aku pulak..hehehehe..Aku dan kawan sepejabat akan pergi bercuti di Krabi dan Phuket..Tiket sudah pun ditempah dan hanya menghitung hari untuk menjejak kaki ke sana..hehehe..Sepanjang 4 bulan aku menetap di KL, banyak jugak tempat yang aku dah pergi. Walaupun banyak tempat yang aku dah pergi, tapi Sarawak tetap di hati.
Setakat ini sajalah blog aku untuk kali ini. Insyaallah dalam masa terdekat aku akan menceritakan lebih detail lagi tentang kisah perjalanan hidup aku sebagai seorang perantau di negeri orang..hahaha..Salam..