Aku pendekkanlah ceritanya..Hari itu, aku dan adikku bermain bersama macam biasa. Aku dan adikku suka bermain anak patung.Jangan salah faham.Bukan patung barbie ke ape ke, tapi patung power rangers, batman, ultraman dan sebagainya. Setelah bosan bermain, aku pun membuka televisyen..Aku biarkan adikku main patung berseorangan. Aku tengok tv, selalu tukar tukar chanel..Tiba tiba, adikku mahu melihat chanel lain dan aku nak tengok chanel lain sedangkan aku yang dulu buka tv..Aku tidak bagi adik aku tengok chanel lain dan dia menangis sekuat kuatnya...
Ayahku datang dari dapur dan bertanya apa yang berlaku..Aku pun menceritakan hal itu kepada ayahku.Ayah menyuruh aku mengalah dengan adik, tetapi aku tidak mahu. Entah mengapa angin ayah hari itu tidak bagus dan terus memarahi aku..Aku tetap dengan kepala keras aku tidak mahu mengalah dengan adik.. Ayah terus pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang..Aku memang terkejut beruk ayah ambil parang..
Ayah ambil selipar kesayangan aku dan mencincang cincang selipar aku..Aku menanggis melihat ayah mencincang selipar kesayangan aku sedangkan bagi aku tidak adil ayah melakukan sedemikian terhadap aku.